Pages

Monday, November 15, 2010

12 more days to go....

lamanya tak blog ni....bole bersawang la hehehe

smpi ade org tegur nape dh lama tak update blog..sorii mmg bz lately...so many things nak kena buat....rasanya la kan selagi tak abis kenduri selagi tu benda yang nk kena beli dan buat tu tak akan abis....but at least banyak gak yang dah selesai...

12 days more to go.....tak lama lagi tu...

kad pun dah distribute, baju untuk ita pun dah cari, dokumen untuk nikah pun dah settle, jurunikah pun dah booked.....mostly apa yg dirancangkan tu seperti apa yang dirancangkan....cuma ada la beberapa dugaan or hiccups here and there....spt kena cari rumah baru, baju sanding tak siap lagi etc. ni i will story in another post..

updated checklist

1. HIV test- done
2. To complete dokumen kebenaran nikah -( pos semua dokumen kpd uncle imol by end of oct ) - done
3. To confirm brp org yg dtg ke limbang ( hashem's family & friends) by mid oct - done
4. To confirm logistic (hotel's room, transportation & flights) - done
5. Hantar baju nikah untuk jahit - done and dah siap ;)
6. Beli barang hantaran - done except for coklat and kasut utk hashem
7. Fitting baju sanding - not yet ;(
8. email cboy sample dan gambar untuk banner - done siap ambik gambar kat studio hehehhe..... banner yg dah siap ke belom, kena tanya ngan designer ( cboy)
9.capal - done


buat masa ni , tu je kut yg sy ingat...will update the checklist hopefully..;)

Friday, October 15, 2010

Wali oh wali

dulu ( masa family meeting for wed prep ) it has been decided uncle imol yang akan jadi wali..sbb ayah sy dah meninggal dunia. so uncle imol yg dipilih untuk memegang tanggungjawab as my wali...
tetapi masa tgh isi borang hari tu...uncle imol minta confirmation ngan jabatan agama sarawak tentang pemilihan wali ni....tup tup pihak jabatan agama kate lebih afdal kalau adik lelaki yg jd wali sbb adik beradik seibu sebapa....so now dah tukar ijul jadi wali hehehhehe......terus ijul dah naik pangkat jd wali...terus besar tanggungjwab sbb nak memberi kebenaran untuk nikah kakak nya ni hehehhe......

masa mak beritau die yg akan jadi wali...siap die tanya adekah die yg akan salam dan menikahkan bakal abg iparnya itu hehh tp mak kate xde la ...tu imam yg akan buat ..die just sbg wali tp duduk kat situ gak la ..:)

btw, jul my bro...xyah neves..xde ape apenye <--- best je nasihatkan org, nanti diri sendiri lagi neves kut hehehhe

HIV test

semalam dah buat HIV test. alhamdulillah sy ngan cik abe lulus dlm ujian tu...

kiteorg ambik test tu kat klinik kesihatan dato' keramat..test tu sekejap je tapi nak menunggu surat keputusan daripada doktor tu yang lama...lebih sejam setengah l ajugak kiteorg kat klinik tu...masa ambik ujian tu siap kena kaunseling apa HIV/aids...pastu siap ade kuiz hehehheh masa tu jawab je la apa yg patut..mana yg tak tau refer kat risalah yg die bagi...hahahha nasib baik nurse tu tak kisah.. ..so hiv test settle ;).. lps ni nak kena complete kan borang dan hantar borang tu kat JAWI.

hopefully by next week urusan borang kat sini ni dapat siap by next week...so bole la pos borang tu pada uncle imol untuk urusan kat sarawak lak..;)

Tuesday, September 21, 2010

Proses memohon kebenaran untuk nikah

balik raya hari tu uncle imol dah bg borang untuk diisi. Masa surfing untuk cari info, terjumpa some guideline daripada satu forum (mesra.net) apa yang perlu dilakukan dan dokumen yang perlu ada untuk memohon kebenaran untuk nikah. so just paste kat sini. ada juga la i jot down my remarks sikit-sikit for my reference

1. Kursus Kahwin
Kursus kiteorg berdua dah pergi. So dah settled.

* Kursus kahwin adalah valid untuk seumur hidup.
* Boleh hadiri kursus di mana-mana negeri.


2. Test HIV

Untuk test HIV belom lagi. Tp rasanya untuk Kl kena buat tp Sarawak tak perlu buat (yeayy) tp nak buat ke???. Untuk buat test ni, some klinik kena buat appointment. some of klinik in KL. Belum lagi buat appointment.Kak Zura kata buat kat
Poliklinik Komuniti Tanglin mudah dan cepat tapi kena buat appointment 2 weeks before.So tak tau lagi nak buat kat mana..maybe kiteorg nak try walk in je kut...

untuk makluman, (remarks kat bawah nama klinik tu di ambil hasil survey yg dijalankan oleh penulis kat forum tu)

Jabatan Kesihatan DBKL 03 92845166 * (Hari Rabu Sahaja)
- nombor tiada dalam perkhidmatan

Klinik Kesihatan Kuala Lumpur 03 26155752
- aku tak call sebab sure ramai yang pergi sini.

Klinik Kesihatan Putrajaya 03 88883057
- tak call

Poliklinik Komuniti Tanglin 03 26983311
- appointment paling awal lagi 2 minggu

Klinik Kesihatan Cheras 03 91304583
- tak angkat fon ke tak dapat nak call ntah.

Klinik Kesihatan Cheras Baru 03 42946114
- tak angkat fon ke tak dapat nak call ntah. lupa..

Klinik Kesihatan Batu 03 62573355
- appointment paling awal lagi 2 minggu

Klinik Kesihatan Petaling Bahagia 03 77829355
- walk in. tak payah appointment

Klinik Kesihatan Dato Keramat 03 42573333
- tak angkat fon

Klinik Kesihatan Kampung Pandan 03 92810272
- ikut kawasan tempat tinggal. Orang yang stay Kg Pandan je yang boleh buat test kat klinik tu.

Klinik Kesihatan Pantai, Bangsar 03 22881071
- appointment paling awal lagi seminggu

Klinik Kesihatan Jinjang 03 62583355
- tak call

Klinik Kesihatan Setapak 03 41425429
- ikut kawasan tempat tinggal. Orang Setapak je yang boleh buat test kat situ.

Klinik Kesihatan Sentul 03 40427557
- tak call

Klinik Kesihatan Sungai Besi 03 90585464
- appointment paling awal lagi 2 minggu

Klinik Kesihatan Bandar Tun Razak 03 91713333
- walk in appointment. Tru fon diorang taknak terima.

Kiteorg rasanya paling dekat ngan Klinik Kesihatan Petaling Bahagia, Jalan Klang Lama. Tengok la nanti mcm mana. Mana-mana klinik yg senang nk pegi.

* Test HIV valid untuk 6 bulan sahaja.
* Negeri yang wajib Test HIV: KL, Selangor, N. Sembilan, Kelantan, Melaka, Pahang, Johor, P.Pinang, Perak, Terengganu, Perlis.
* Negeri tidak perlu Test HIV: Kedah, Sabah, Sarawak, Brunei.


3. Permohonan Kebenaran Kahwin
Lelaki

1) Ambil borang kat JAWI dan ikut prosedur KL sbb bermastautin di Kuala Lumpur.

2) Isi borang kebenaran nikah.Perlu dapatkan pengesahan mastautin dari Ketua Kampung/Penghulu/Imam masjid kat tempat tinggal. Then, kena hantar borang tu kat JAWI bersama-sama dengan dokumen berikut:

1. Sijil Kursus Kahwin
2. Surat Akuan Bujang (dari Pesuruhjaya Sumpah @ majikan @ Ketua Kampung yang beragama Islam)
3. Salinan IC pemohon dan pasangan
4. Borang mastautin
5. Keputusan Test HIV

KL tak perlu bawa saksi borang, sama macam N. Sembilan, Melaka, Kelantan, Pahang dan Sarawak. Selain dari negeri² tersebut, kena bawak 2 orang saksi masa hantar borang. Make sure bawak sekali salinan IC saksi² tersebut.

Masa hantar borang, kena bayar RM5. Lepas tu lebih kurang sejam, JAWI bagi Surat Kebenaran Nikah untuk diserahkan kepada pihak perempuan.

Perempuan

Untuk Sarawak,ada 2 borang yang kena isi kalau x silap ( ni kena check balik ). Lps tu hantar borang kat Jabatan agama sarawak. but for my case, kena pos semua dokumen kpd uncle imol untuk dihantar ke pejabat agama di limbang. tq uncle imol..;)


1. Sijil Kursus Kahwin
2. Surat Akuan Bujang (dari Pesuruhjaya Sumpah @ majikan @ Ketua Kampung yang beragama Islam)
3. Salinan IC pemohon dan wali
4. Surat Kebenaran Nikah Lelaki
5. Keputusan Test HIV
6. Salinan IC 2 orang saksi (Selangor perlu bawak saksi)
7. Sijil Nikah IbuBapa

* Surat Kebenaran Kahwin valid selama:
KL - 3 bulan, Selangor - 3 bulan, N. Sembilan - 3 bulan, Kelantan - 3 bulan, Melaka - 3 bulan,
Pahang - 1 bulan, Johor - 3 bulan, P.Pinang - 3 bulan, Perak - 3 bulan, Terengganu - 3 bulan,
Perlis - 3 bulan, Kedah - 1 bulan, Sabah - 1 bulan, Sarawak - 1 bulan, Brunei - 1 bulan.

(Contoh: Kalau tarikh akad nikah 01/12/2009, orang KL boleh mula hantar borang kebenaran nikah mulai 02/09/2009. Tapi kalau orang Kedah, dia hanya boleh mula hantar borang pada 02/11/2009. Tak boleh hantar awal dari tempoh yang ditetapkan. Incase kalau postpone tarikh nikah pun, kalau lebih dari tempoh yang ditetapkan, pemohon kena isi borang semula.)

4. Tunggu masa untuk akad nikah. smile.gif

Monday, September 20, 2010

Wedding Cupcake

Masa raya hari tu, ngah yot ada suggest why not buat wedding cupcake untuk majlis malam ahad.......memula tu mmg nak buat cupcake sbg hantaran saja...and then tukar plan.....cuma tu la ,have to find someone to do the cup cakes...masa tu cuba tanya dgn ngah ameng, then ngah amang cuba tanya dgn my best friend sejak damit aka also her niece heheh yg sekarang ni tinggal di brunei. so masa raya tu she called..memula tu mmg sah kena 'sound' hehe sbb she doesn't know i'm getting married...sorriii and sorriii again shada for not to tell the news from me personally. ;)..... then after dimaafkan dan lps tu bercerita ceriti...she offer to sponsor and bake the wedding cupcakes.......thank u so muchh shadaaa muah muah...here are some of the wedding cupcakes for inspiration...and some of it come from her















Banner

Inspiration for banner. terjumpa sample banner ni few months back. best lak kalo ade banner mcm ni...simple and sweet..ala-ala movie poster gitu..hari tu masa raya dah inform cboy about this design....he said , just email and he will try the best. tq tq tq boy...will emel u....tp sini pun dah bole lihat kan ;)....so bole buat mcm ani ka inda boy??








Pic credit to various of blog, sorry cannot remember the addres.



68 days to go..

about wedding preps..

balik raya hari tu , banyak gak la yg settle...
meeting dgn family ttg aturcara majlis, transportation, logistik dan sebagainya. uncle imol tolong ambilkan borang di JAIS ( tqqq uncle imol ) , to all pakcik makcik kazen mazen and especially to my mum yang akan bekerja keras to the wedding preps...thank u in advance and tq so much..hopefully semuanya berjalan dgn lancar ..amin

things to do this month

1. HIV test
2. To complete dokumen kebenaran nikah -( pos semua dokumen kpd uncle imol by end of oct )
3. To confirm brp org yg dtg ke limbang ( hashem's family & friends) by mid oct
4. To confirm logistic (hotel's room, transportation & flights)
5. Hantar baju nikah untuk jahit
6. Beli barang hantaran
7. Fitting baju sanding
8. email cboy sample dan gambar untuk banner