Pages

Tuesday, September 21, 2010

Proses memohon kebenaran untuk nikah

balik raya hari tu uncle imol dah bg borang untuk diisi. Masa surfing untuk cari info, terjumpa some guideline daripada satu forum (mesra.net) apa yang perlu dilakukan dan dokumen yang perlu ada untuk memohon kebenaran untuk nikah. so just paste kat sini. ada juga la i jot down my remarks sikit-sikit for my reference

1. Kursus Kahwin
Kursus kiteorg berdua dah pergi. So dah settled.

* Kursus kahwin adalah valid untuk seumur hidup.
* Boleh hadiri kursus di mana-mana negeri.


2. Test HIV

Untuk test HIV belom lagi. Tp rasanya untuk Kl kena buat tp Sarawak tak perlu buat (yeayy) tp nak buat ke???. Untuk buat test ni, some klinik kena buat appointment. some of klinik in KL. Belum lagi buat appointment.Kak Zura kata buat kat
Poliklinik Komuniti Tanglin mudah dan cepat tapi kena buat appointment 2 weeks before.So tak tau lagi nak buat kat mana..maybe kiteorg nak try walk in je kut...

untuk makluman, (remarks kat bawah nama klinik tu di ambil hasil survey yg dijalankan oleh penulis kat forum tu)

Jabatan Kesihatan DBKL 03 92845166 * (Hari Rabu Sahaja)
- nombor tiada dalam perkhidmatan

Klinik Kesihatan Kuala Lumpur 03 26155752
- aku tak call sebab sure ramai yang pergi sini.

Klinik Kesihatan Putrajaya 03 88883057
- tak call

Poliklinik Komuniti Tanglin 03 26983311
- appointment paling awal lagi 2 minggu

Klinik Kesihatan Cheras 03 91304583
- tak angkat fon ke tak dapat nak call ntah.

Klinik Kesihatan Cheras Baru 03 42946114
- tak angkat fon ke tak dapat nak call ntah. lupa..

Klinik Kesihatan Batu 03 62573355
- appointment paling awal lagi 2 minggu

Klinik Kesihatan Petaling Bahagia 03 77829355
- walk in. tak payah appointment

Klinik Kesihatan Dato Keramat 03 42573333
- tak angkat fon

Klinik Kesihatan Kampung Pandan 03 92810272
- ikut kawasan tempat tinggal. Orang yang stay Kg Pandan je yang boleh buat test kat klinik tu.

Klinik Kesihatan Pantai, Bangsar 03 22881071
- appointment paling awal lagi seminggu

Klinik Kesihatan Jinjang 03 62583355
- tak call

Klinik Kesihatan Setapak 03 41425429
- ikut kawasan tempat tinggal. Orang Setapak je yang boleh buat test kat situ.

Klinik Kesihatan Sentul 03 40427557
- tak call

Klinik Kesihatan Sungai Besi 03 90585464
- appointment paling awal lagi 2 minggu

Klinik Kesihatan Bandar Tun Razak 03 91713333
- walk in appointment. Tru fon diorang taknak terima.

Kiteorg rasanya paling dekat ngan Klinik Kesihatan Petaling Bahagia, Jalan Klang Lama. Tengok la nanti mcm mana. Mana-mana klinik yg senang nk pegi.

* Test HIV valid untuk 6 bulan sahaja.
* Negeri yang wajib Test HIV: KL, Selangor, N. Sembilan, Kelantan, Melaka, Pahang, Johor, P.Pinang, Perak, Terengganu, Perlis.
* Negeri tidak perlu Test HIV: Kedah, Sabah, Sarawak, Brunei.


3. Permohonan Kebenaran Kahwin
Lelaki

1) Ambil borang kat JAWI dan ikut prosedur KL sbb bermastautin di Kuala Lumpur.

2) Isi borang kebenaran nikah.Perlu dapatkan pengesahan mastautin dari Ketua Kampung/Penghulu/Imam masjid kat tempat tinggal. Then, kena hantar borang tu kat JAWI bersama-sama dengan dokumen berikut:

1. Sijil Kursus Kahwin
2. Surat Akuan Bujang (dari Pesuruhjaya Sumpah @ majikan @ Ketua Kampung yang beragama Islam)
3. Salinan IC pemohon dan pasangan
4. Borang mastautin
5. Keputusan Test HIV

KL tak perlu bawa saksi borang, sama macam N. Sembilan, Melaka, Kelantan, Pahang dan Sarawak. Selain dari negeri² tersebut, kena bawak 2 orang saksi masa hantar borang. Make sure bawak sekali salinan IC saksi² tersebut.

Masa hantar borang, kena bayar RM5. Lepas tu lebih kurang sejam, JAWI bagi Surat Kebenaran Nikah untuk diserahkan kepada pihak perempuan.

Perempuan

Untuk Sarawak,ada 2 borang yang kena isi kalau x silap ( ni kena check balik ). Lps tu hantar borang kat Jabatan agama sarawak. but for my case, kena pos semua dokumen kpd uncle imol untuk dihantar ke pejabat agama di limbang. tq uncle imol..;)


1. Sijil Kursus Kahwin
2. Surat Akuan Bujang (dari Pesuruhjaya Sumpah @ majikan @ Ketua Kampung yang beragama Islam)
3. Salinan IC pemohon dan wali
4. Surat Kebenaran Nikah Lelaki
5. Keputusan Test HIV
6. Salinan IC 2 orang saksi (Selangor perlu bawak saksi)
7. Sijil Nikah IbuBapa

* Surat Kebenaran Kahwin valid selama:
KL - 3 bulan, Selangor - 3 bulan, N. Sembilan - 3 bulan, Kelantan - 3 bulan, Melaka - 3 bulan,
Pahang - 1 bulan, Johor - 3 bulan, P.Pinang - 3 bulan, Perak - 3 bulan, Terengganu - 3 bulan,
Perlis - 3 bulan, Kedah - 1 bulan, Sabah - 1 bulan, Sarawak - 1 bulan, Brunei - 1 bulan.

(Contoh: Kalau tarikh akad nikah 01/12/2009, orang KL boleh mula hantar borang kebenaran nikah mulai 02/09/2009. Tapi kalau orang Kedah, dia hanya boleh mula hantar borang pada 02/11/2009. Tak boleh hantar awal dari tempoh yang ditetapkan. Incase kalau postpone tarikh nikah pun, kalau lebih dari tempoh yang ditetapkan, pemohon kena isi borang semula.)

4. Tunggu masa untuk akad nikah. smile.gif

7 comments:

  1. hai..i selalu ikut ur blog sbb i pon xlame lg nk kawen jugak. tp me n him xbwt ape2 dokumen except hntrn n baju nikah n sanding sume dh setel.

    i org kedah n future husband pulak consider bermastautin kat pahang sebab ic die beralamat di pahang. kedah xperlu HIV test maknanya kitorg berdua xpyh bwt la kan?

    p/s: kena tanye org yg dh settle buat dokumen, baru clear...looking forward for your reply. =)

    ReplyDelete
  2. hai..

    eh tak sangka pulak ada org yg mengikuti blog no...thanks sbb singgah kat blog ni.....tahniah untuk awak juga sbb tak lama lagi akan bergelar ratu sehari..;)

    untuk hiv test tu , rasanya di sebelah pihak lelaki kena buat HIV test sbb die perlu minta kebenaran bernikah di luar kawasan.

    macam saya hari tu, di sarawak tak perlu ada hiv test ( perbetulkan saya jika sy silap ), tp sebelah suami wilayah persekutuan perlu buat hiv test. jadi hari tu sy ambik jalan selamat, saya pun ambik hiv test.

    semasa permohonan bernikah di sarawak, sy kepilkan bersama keputusan ujian hiv test kami berdua.

    untuk kepastian, cuba tanya jabatan agama islam kedah...rasanya diorg bole bantu...

    ReplyDelete
  3. risau ni..boy selangor girl pahang..nak nikah kt selangor..agak2 lame x proses..?

    ReplyDelete
  4. kalau KL xpelu bwk saksii kan?how bout putrajaya? jawi jugak kt situ

    ReplyDelete
  5. PAYAH BETUL PROSES NIKAH. KENAPA LAIN NEGERI LAIN BIDANGKUASA ISLAM NYA? ada 14 MAZHAB ke? AKU SANGSI KENAPA BIDANGKUASA AGAMA DILETAK DIBAWAH B.KUASA NEGERI dlm PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN. SIAPA BIKIN PERLEMBAGAAN? LORD REID. LORD REID TU SAPA? DIA FREEMASON BEKERJA UTK DAJJAL.SO PECAH DAN PERINTAH SUPAYA ISLAM TAK BERSATU. PROSES SEMAKIN RUMIT. MUDA MUDI XMINAT NIKAH.HUBUNGAN BEBAS BERELUASA. MANUSIA MENJADI HAIWAN. ITULAH MATLAMAT FREEMASON-YAHUDI.-nampak mcm xkena mengena tp wake up! see this as whole picture.

    ReplyDelete
  6. salam..maaf menggangu ya..saya org sarawak..Klaua sarawak perlu ada HIV test tak sekarang?

    ReplyDelete
  7. salam, sy nk tny gak ni hehe.berlaku kekeliruan disini. sy org swk and bakal org perak tp ic kl dan bermaustautin d kl, dia je kene buat hiv test kan? sy xpayah? dan borang2 utk perempuan, sy kene amik kat jbtn agama swk la kan?tq

    ReplyDelete